Wednesday, March 31, 2010

KEK PELANGI

Salam petang rabu..akak nak gak tayang kek pelangi yang jadi hidangan atas meja kawan kawan.projek membaking ni buat semalam dengan acid.pasal kek kek ni dia suka sangat.pantang akak cakap nak buat kek mesti dia kata kek harijadi dia.dia siap suh bubuh api atas kek ni..hihihi maksud dia suh bubuh lilin ler tuh..akak kata tunggu bulan Mei nanti...akak suka makan kek nie bila dah simpan sehari..terasa enak dan lembut nya...resipi ada kat label kek yer..malas nak taip laaa

Tuesday, March 30, 2010

WAJAH TERBARU UMAR

Ni wajah terbaru Umar.auntie auntie tengoklah saya yang kuat tido.bila emak sya nak ambil gambar saya mesti sedang tido.cute tak saya tido...

BUBUR KACANG VS SPEGHETTI UDANG

Bubur kacang nie memang akak suka makan.buat banyak banyak,kejap kejap gi dapur cedok dalam mangkuk kecil,duduk depan tv sambil makan bubur ni..anak anak akak pun suka.tapi tak bubuh apa apa perasa..nak letak durian tak ada..tapi ok lah kan..akak buat hari sabtu.
Spaghetti ni akak buat hari ahad..hanya bubuh udang aja..tapi terbeli yang halus..sebab dah suka nak makan belasah aja..




AWARD DARI TEMAN-TEMAN

Award dari Maz..terimakasih sudi bagi akak award nie...sayangggg sangat kat Maz..ingat tuuu

Nie dari adek ku Fida..Paparan Kehidupan2..sampai majuk dia akak tak gi amek award dia bagi.bukan tak nak tepek tapi dua hari line tenet problem.sampai hb akak berhangin satu badan.akak pula bukan boleh mengadap lappy nie lelama..jadi bagi laluan pada hb dan anak2.masa hari sekolah ni akak free sikit.boleh menghadap lama sikit..bila Umar lelap..

inipun Fida bagi..award ni suh letak pic anak anak..yang banyak cuma pic sitecik ngan ciacid..yelah hero dua orang ni model kat umah akak sekarang..huhuhu...Buat fida terimakasih bebanyak..akak sayang kamu.....ingat kamu tau!!!

Friday, March 26, 2010

AYAM ALA KASIM

Salam petang Jumaat.Wah malam ni kalau dekat dengan umah Hana boleh pergikan.Tapi tu laa jauh benar..seronok kalau gi yasinan gini.Orang Jowo rajin buat yasinan.Akak rasa lauk yang akak masak malam tadi ni sesuai untuk dibuat hidangan.orang jawa kalau buat yasinan maupun kenduri yang makan makan kami buat makan tu dalam dulang besar.lauk wajib sambal goreng jawa,serunding,ayam masak kicap ke,mee basah goreng,kacang panjang goreng dengan hati ayam,ikan kering goreng(ikan bulu ayam) dan hirisan timun.
Adehhh...tak boleh ingat ni mau meleleh air liur..
Eh melalut la pulak akak ni.akak masak Ayam Ala Kasim dari Azura Suhaimi ni malam tadi.lama nak buat tapi baru ni dapat merealisasikan nya.memang sedap lauk ni.amnak anak akak cukup suka.akak bubuh kicap lebih sikit.pada yang belum pernah cuba akak sarankan cubalah.selain senang bahan pun tak cerewet..maklumlah akak kan masak nak yang mudah aje..akak c/p dari umah Zaura nie..terimakasih buat zura atas resipi yang enak nie..

Ayam ala Kasim
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam | dipotong
  • 1 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 3-4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 sb lada kering kisar
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • sedikit garam & gula
Cara-cara

1. Bersihkan ayam, perap dengan garam & kunyit. Sedia untuk digoreng sebentar saja.
2. Panaskan minyak & tumis bawang dan lada kisar hingga wangi & pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat tumis hingga agak garing dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan kacau.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.

Wednesday, March 24, 2010

KEK COKLAT BASAH

Meh kita makan kek pulak petang ni.jeles sebab ramai yang tayang roti.sedih sebab roti ni akak selalu gagal nak buat.tapi kek InsyaAllah tetap jadi.kek ni resipi nya akak dapat dari kawan akak.tapi bila tengok resipi sama lebihkurang dengan kek coklat lembap atau kek coklat yang mcm kzai buat tapi bubuh yogurt tuh.memang sodappp sangat kek nie..

KEK COKLAT BASAH
Bahan2:
  • 1/2 cawan koko(diayak)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak/minyak jagung(akak guna buter dicairkan)
  • 1 cawan air mendidih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil baking powder* (ayak bersama*)
  • esen vanila dan sedikit garam
Cara-caranya:
  1. minyak,gula,susu,telur dan air mendidih diputar hingga sebati.
  2. masukkan esen vanila dan garam.
  3. selepas itu masukkan tepung gandum diikuti koko.Kacau lagi.
  4. Panaskan oven,setkan 180 darjah.
  5. masukkan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak.
  6. bakar selama 1 jam

KUIH BUAH MELAKA

Maaf laa yer hari hari asyik dok tayang kuih ajer.Bukan aper anak anak suka makan nie senang.Buat apa aja semua kejap aja licin.suka tul akak.kuih senang senang ni akak rajin laa buat.maklumkan nak buat yang terbelit lidah menyebutnya bahan kena cari.Orang dalam pantang nie payah nak keluar selalu.Nak suruh anak2 tak tau nak membelinya,bapak anak2 lagi laa..tu yang buat kuih yang bahan nya senang dapat..
Kuih Buah Melaka
Bahan2:
  • 500gm tepung pulut
  • secubit garam
  • air untuk menguli tepung
  • pewarna atau daun pandan dikisar dan ditapis airnya
  • gula melaka dihiris halus sebagai inti
  • kelapa parut untuk membalut kuih
Cara2nya:
  1. Masukkan tepung,garam dan air daun pandan kedalam mangkuk besar.
  2. Uli hingga tidak lekat dijari.kalau air kurang tambahkan sedikit air.
  3. Bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit untuk mengisi gula melaka.balutkan kembali dan buat seperti bola.
  4. Panaskan air dalam periuk,bila telah mendidih masukkan adunan kedalam periuk.Tunggu hingga bebola timbul dipermukaan air.bolehlah ditapis dan toskan.Buat sehingga habis.
  5. kemudian salutkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  6. siap untuk dimakan.

Tuesday, March 23, 2010

DONUT KENTANG

Assalamualaikum,pepagi akak dah bersiaran.bukan apa nanti kalau budak kecik tu dah bangun tak dapat nak buat apa-apa.kena menghadap dia ajer.Nak bagitau laa inilah Donut yang akak dengan Acid buat petang semalam.Kira merealisasikan keinginan Acid nak makan donut yang ada coklat dan warna-warni kat atasnyer mcm kaat donut dunkin'.tupun pada mulanya dia asyik kata nanti mak bubuh lah orang bercinta kat atas coklat tu.Mulanya akak tak perasan bila abang dia balik sekolah Acid kata"abang,mak buat donut yg atasnya ada orang bercinta"siabang tergelak sakan sebab yang dimaksudkan adalah manik bentuk love..acid tak tahu nak sebut rupernya...kwangkwangkwang..

Memang sedap dan gebu donut nie.akak c/p dari umah Cikgu zana.Zana dapat resipi dari Ros Osaka..rugi sape tak mencuba..dah sejuk pun masih lembut lagi..Terimakasih buat Ros dan Zana.

Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,

Monday, March 22, 2010

Udang lada Hitam bersantan

Udang masak lada hitam nie lain dari yang lain rasanya.Apa nak dimasak dengan udang.asyik buat sambal jer jemu laa pulak.Akak pun cuba masak lada hitam dan bubuh santan.ermmm not bad kata hb akak.
Mehlaa cuba buat..

Bahan2:
  • 1/2 kilo udang basah(bersihkan)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu besar lada hitam*
  • sedikit santan pekat
  • sekeping asam keping
  • garam dan perasa
cara2nya:
  1. Kisar halus bahan bertanda*.
  2. panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar.biar hingga naik minyak.
  3. masukkan garam,asam keping dan perasa.
  4. masukkan santan,kacau sebentar,diikuti dengan udang.
  5. Kacau jangan sampai santan pecah.
  6. bila dah masak bolehlah dipadamkan api.
  7. akak tambahkan daun ketumbar sebelum diangkat.bau harum ketumbar menambahkan enak lagi lauk nie.

Karipap

Cuti sekolah anak anak asyik oder macam-macam.tekak mereka tu idak ler bercuti..agaknya dia rang tengok mak dia asyik masyuk masak masak cam orang tak pantang..tu yang kejap minta buatkan itu,kejap minta buatkan ini..tu belum acid yang bila akak round umah kengkawan nampak pelik jer sikit suh mak dier buat..dari semalam minta akak buatkan donut.nampak kat umah cikgu Zana..hari nie baru nak buat dengan dia..takde sesapa kat umah..jadi pembantu akak laa siacid nie.nulung menyepah nyepah...
Ksripap nie akak buat hari sabtu.buat tak ler banyak.inti daging dan kentang.kulit pastri akak guna minyak masak jer.buh sikit mentega..uli semacam..hehehe sib baik jadi gak..

Friday, March 19, 2010

Mee Kari

Anak-anak suka kalau mak dier buat mee kari..hb akak lagi ler berhantu..nak nak kalau bubuh kerang banyak banyak..bertambah2 makan.tapi akak tak makan ler..bahaya..ade kang nnti tak bangun..parah laa pulak...
akak tukang masak jer..tukang hidang dan kemas kemas anak dara yang buat...

Mee kari

bahan2nya:

  • sepeket mee kuning(dicelur dalam air panas dan ditoskan)
  • daun sop
  • limau kasturi
  • telur rebus
  • sawi/tauge(dicelur sebentar)
  • bawang goreng
untuk dibuat kuah:
  • sekilo kerang dibersihkan dan rebus
  • 200 gm udang
  • sedikit isi ayam
  • daging(anggaran)
  • 200gm sotong(bersihkan dan potong bulat)
Bahan tumisan:
  • 10kpg cili kering rendam dalam air panas*
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 peket rempah kari adabi
  • sedikit rempah tumis dan daun kari
  • sebiji kelapa diambil santan dalam 2 mangkuk
  • garam,gula dan perasa(jika suka)
cara2nya:
  1. Kisar halus bahan bertanda*.campurkan rempah kari sekali.Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari,kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
  2. Biarkan sehingga naik minyak dan masukkan sedikit air.Kemudian masukkan daging.biarkan empuk sebentar.masukkan santan dan diikuti dengan kerang,sotong dan udang.perasakan dengan garam,gula dan perasa.
  3. Biarkan mendidih.bila telah masak bolehlaa diangkat dan dihidangkan.Hiaskan dengan sawi,tauge,telur rebus,daun sop dan bawang goreng...

Tuesday, March 16, 2010

Sadine Puff dan Phrata Beef Roll

Mane leh tahan asyik meliur tengok ditayang kan.tapi bile nak buat egg roll anak2 tak gitu suka.dicadangkan pulak soh isi daging.akak buat 2 keping jer beef roll nie..kejap jer licin..Dalam pada tu akak tumiskan kejap sadine,halia,bawang putih dan bawang besar,perahkan limau kasturi untuk buat sadine puff.
yang nie mak budak yang nak makan..dapat laa sorang satu.almaklumlaa isi rumah akak ni ramai.buat sikit tak cukup.
niler phrata beef roll..ehee rupa nyer tak ler secantik mane,tergiur pun tak kan..gitu ler kalau guna hp jer...
Sejak dah tau camner nak buat puff nie..akak mengila betui..asyik beli phrata jenama kawan tu ajer..hehe siap promote kat kawan2...

Monday, March 15, 2010

Lontong

Orang dalam pantang tak boleh makan lontong...betul ke?jiran akak tanya akak masak per hari nie.akak kata buat lontong.akak makan lontong ke?spontan dia bertanya.akak kata akak makan lontong ngan ayam goreng dan amek kuah nyer sikit jer..hehehe leh caya ke..
Tapi tu laa bile Fmina tayang lontong kat umah dia akak cakap ngan anak2 nak buat lontong.suka tul diarang.lontong nie akak buat semalam..buat sambal telur dan goreng ayam goreng berserai...sedap...pasti ramai dah tau buat kuah lodeh kan..

Friday, March 12, 2010

Umar selepas 20hari


Ni wajah Umar selepas 20hari.Nurse datang timbang semalam dia dah naik menjadi 4.1kilo.ape keidak nyer asyik tido dan menyusu.akak pun sama jadi cam dia asyik makan ajer..huwaaa.ape idak nyer asyik lapar.kata orang anak lelaki gitu ler.tapi memang pun.
Acid pun sama nak bergambar ngan adek kesayangan dia nie..naik letih tengok dia asyik ker menyium si Umar..nak ditegur takut merajuk...
Terlanjur tu nak ucapkan terimakasih buat Abbot sebab bagi gift nie buat akak.maap ler baru nie dapat di letakan disini..hehehe sibuk mengalahkan PM...sayangggg abbot selalu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails